berita

‘Dia Kena Maklumkan Tarikh, Hari Apa, Pukul Berapa’- Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ

February 12th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Beberapa hari lepas tular di Twitter mengenai seorang gadis berusia 17 tahun alami gangguan seksual ketika menjalani ujian memandu. Insiden itu telah membuatkan gadis tersebut terkejut lalu menelefon ayahnya. Menerusi Instagram Story yang dimuat naik oleh mangsa, pegawai JPJ itu juga dikatakan diberhentikan dengan serta merta susulan isu itu.

Artikel berkaitan: Gadis Ini Jalani Ujian Memandu & Ini Perkara Seram Yang Terpaksa Dilaluinya.. Jijik Betul!

Berhubung dengan dakwaan itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman memberi kenyataan penuh.

Akan buat siasatan, tidak akan berkompromi

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyiasat dakwaan dari seorang gadis berusia 17 tahun mengatakan salah seorang pegawai telah melakukan gangguan seksual terhadapnya ketika sesi ujian memandu. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, pihaknya perlu membuat penelitian mendalam sebelum memutuskan sebarang tindakan terhadap pegawai berkenaan.

Kita tidak boleh mengambil tindakan serta-merta tanpa siasatan. Siasat dulu betul atau tidak, pastikan ia benar-benar sahih.

Kalau betul melibatkan pegawai kita… kita akan ambil tindakan. Kita tidak akan berkompromi berhubung salah laku ini.

Wan Ahmad Uzir juga meminta mangsa supaya membuat laporan kepada JPJ berhubung dakwaan salah laku tersebut.

Kita juga akan mendapat keterangan mangsa. Dia kena maklumkan tarikh, hari apa, pukul berapa dan lokasi serta butiran berkaitan berhubung kejadian.

Kalau benar pegawai yang didakwa bertugas ketika itu, kita akan mengambil tindakan tatatertib yang bersesuaian.

Pegawai tidak diberhentikan serta merta

Menerusi mStar Online, gadis itu merupakan anak saudara kepada seorang ahli politik dan mendakwa dirinya diganggu secara seksual dalam kejadian di sebuah institut memandu bertempat di Shah Alam, pada Rabu lepas.

Tambah mangsa, yang juga anak kepada seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ mendakwa selain ditanya sama ada sudah ada kekasih dan meminta nombor telefonnya, pegawai itu turut bertanyakan soalan tidak senonoh selepas melihat mangsa menindik hidung.

Dia tanya ‘saya tindik kat bawah tu (alat sulit) sekali ke? Saya cakap ‘pakcik’ tolong berhenti, saya rasa tak selesa’.

Lepas tu dia tanya ada gambar-gambar seksi tak (untuk) hantar kat dia. Tapi saya kata tak ada dan cuba untuk bertenang sebab tak mahu dia gagalkan (ujian) saya.

Saya rasa nak menangis dan menggeletar. Tapi saya terpaksa bertahan tunggu selepas saya selesai ujian sehingga dia meluluskan saya.

Selain itu, mangsa turut berkata bahawa pegawai berkenaan tidak dibuang kerja serta-merta. Berlainan dengan apa yang ditulis Instagram Story sebelum ini.

Ikutkan tindakan pegawai itu boleh saja membuatkan dia dibuang kerja, tapi selepas berbincang dengan bapa, ia ‘diselesaikan’ kerana pegawai itu masih mempunyai isteri dan anak-anak di bawah tanggungannya.

Bagaimanapun, saya bersedia untuk memberi keterangan mengenai kejadian kepada JPJ sekiranya perlu.

Sumber: mStar Online

Save

Save

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×