berita

Gadis Ini Jalani Ujian Memandu & Ini Perkara Seram Yang Terpaksa Dilaluinya.. Jijik Betul!

February 9th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Baru-baru ini viral di Twitter apabila seorang gadis menceritakan pengalaman seram diganggu oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika jalani ujian memandu. Untuk pengetahuan anda, mangsa baru sahaja berusia 17 tahun. Tidak tahan dengan perbuatan jijik pegawai tersebut, ini apa yang berlaku seterusnya.

Ketika jalani ujian memandu, gadis ini..

Paparan skrin diatas telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, dimana seorang gadis alami gangguan seksual dari pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pegawai tersebut menunjukkan video lucah ketika gadis itu menjalani ujian memandu.

Rasa jijik dan takut, gadis itu terus menghubungi ayahnya menceritakan kejadian tersebut. Selepas sahaja ayahnya sampai pegawai tersebut diberhentikan kerja dengan segera.

Tambahnya lagi, pegawai itu bertanya sama ada gadis ini sudah punyai teman lelaki. Dia terpaksa menipu dan berkata bahawa dia sudah pun mempunyai kekasih. Pegawai itu juga meminta nombor telefon tetapi permintaannya ditolak. Ketika memandu pegawai itu mencari video lucah dan menunjukkan kepada gadis yang baru berusia 17 tahun ini.

Ramai pernah alami pengalaman buruk ketika jalani ujian memandu

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×