berita

‘Dia Kena Pandai Kawal, Fokus Dulu Dengan Pasukan’ – Jurulatih Tegur Isu Prestasi Merudum Safawi

March 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial hari ini apabila Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail meluahkan rasa tidak puas hati apabila salah seorang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT ) iaitu Safawi Rasid dikatakan terlalu kemaruk bercinta sehingga menjejaskan prestasinya di atas padang.

Ekoran daripada itu, jurulatih berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah turut meluahkan harapannya agar pemain yang pernah dibimbing olehnya itu terus bangkit dan segera memperbaiki prestasinya bersama JDT.

Pemain aset negara

Menerusi laporan Harian Metro, Azraai memberitahu bahawa pemain bola sepak itu merupakan aset negara yang amat bernilai. Tambahnya, dia berharap Safawi terus bangkit dan memberi fokus terhadap kerjayanya.

Safawi Rasid adalah aset negara bukan mudah kita nak jumpa pemain seperti dia lagi. Saya harap dia jangan layu sebelum berkembang. Dulu masa saya kendalikan T-Team, Safawi masih dalam skuad Piala Presiden T-Team dan masa itu saya percaya dia bakal ‘meletup’ dan menjadi pemain glamor. Bakat macam dia bukan selalu datang mungkin kena tunggu beberapa tahun baru ada balik.

Jadi kalau dia tak boleh kawal tekanan terutama wanita dia akan hilang dari radar. Soal hati dan perasaan ini kita tak boleh nak tolak sebab itu fitrah sebagai manusia biasa, cuma dalam waktu sekarang Safawi kena pandai kawal. Bukan saya nak kata dia tak boleh ada kekasih atau tak boleh berkahwin, tapi dia masih muda dan perjalanan jauh lagi. Kalau ada jodoh jangan risau takkan kemana kekasihnya itu. Kalau boleh fokus dahulu dengan pasukan dan permainannya, InsyaAllah lebih banyak rezeki akan datang selepas itu.

Di samping itu, jurulatih tersebut turut memberitahu bahawa bakat Safawi mula dikesan olehnya sejak dia menyertai pasukan T-Team pada tahun 2014 berkata. Sebagai pemain bola sepak yang berbakat dan popular, Azraai yakin sudah tentu ramai wanita cantik akan cuba mendekatinya namun pemain itu perlu bijak menangani hal tersebut.

Tekanan daripada kekasih

Terdahulu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik pasukan JDT meluahkan rasa geram terhadap pemain itu dan wanita yang dikaitkan dengannya ialah pelakon, Syifa Melvin. Menurut Tunku Ismail, kemerosotan prestasi pemain itu sangat mendadak pada musim lalu idisebabkan oleh tekanan daripada kekasihnya itu yang mendesak untuk berkahwin dengannya.

Bagi saya ketika ini Safawi perlukan bimbingan daripada kelab dan keluarga. Jangan terus menekan Safawi kerana saya bimbang ia akan memberi kemudaratan kepadanya. Apa yang mustahak, pengurusan kelab dan keluarga beri nasihat dan panduan berguna kepada serta cuba cari jalan terbaik untuk mengatasi kemerosotan prestasi Safawi.

Malah, Tunku Ismail turut mendedahkan pelakon berkenaan hanya mahu menumpang dia atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×