berita

‘Dia Peneman Setia Kemana Ibu Pergi..’ – Kakak Pemandu Grab Maut Dijerut Kongsi Kisah Sayu

June 25th, 2018 | by faris
Kini Trending

Seorang pemandu Grab ditemui mati dengan kesan melecet pada lehernya. Laporan mendapati mangsa Aiman Nosri dijerut dan mayatnya ditemukan di kawasan letak kenderaan di Taman Selayang Baru, Selangor setelah kehilangannya dilaporkan pihak keluarga.

Kakak sulung mangsa, Fatihah Nosri meluahkan kesedihannya berhadapan kehilangan adik yang tersayang.

Tidak pulang rumah waktu malam perkara biasa

Menurut Fatihah, adiknya keluar dari rumah mereka di Taman Kasturi, Nilai pada tengah hari Khamis dan memberitahu ibu mereka mahu menghantar penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Puncak Alam, Selangor.

Adik tidak pulang ke rumah malam itu, tapi itu biasa kerana dia kerap begitu.

Jika tidak pulang, adik akan tidur di rumah kawan atau dalam kereta kerana kepenatan. Paling lewat Aiman akan pulang esoknya dan menghubungi ibu bagi memaklumkan mana dia berada.

Bersungguh cari pendapatan

Menurut Fatihah, Aiman yang merupakan graduan Universiti Selangor (UNISEL) telah memandu Grab sejak setahun lalu secara sepenuh masa. Tambahnya lagi, adiknya itu seperti ‘nyawa’ kepada ibu mereka kerana menemani ke saja wanita itu pergi.

Dia ibarat ‘nyawa’ ibu. Dia peneman setia ke mana saja ibu pergi. Aiman bersungguh-sungguh mahu mencari pendapatan bagi membantu keluarga dan mengubah nasib dirinya.

Dia juga melakukan kerja sambilan membabitkan multimedia, laman web dan pengaturcaraan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng berkata, tiada senjata ditemui di lokasi mayat Aiman selain tiada juga kamera litar tertutup di sepanjang jalan masuk ke lokasi kejadian. Tambah Tey, tiada saksi turut dilaporkan melihat kejadian itu.

Bagaimanapun, terdapat kesan melecet pada leher mangsa. Kami tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian.

Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan masuk ke lokasi kejadian. Malah, tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×