berita

‘Dia Sangat Rapat Dengan Arwah Ibu’ – Hasrat Mahadzir Lokman Akhirnya Ditunaikan

August 4th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Jenazah pengacara terkenal, Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia di sebuah hotel telah dibawa pulang dari Sabah sekitar jam 9.30 malam tadi. Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di dalam biliknya di Hotel Shang Ri La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu awal pagi semalam.

Artikel berkaitan: Bekas Pengacara TV3, Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Hasrat untuk disemadikan di sebelah pusaka arwah ibu akhirnya menjadi kenyataan dan dipenuhi keluarga. Solat jenazah telah diadakan di kediaman keluarga di Petaling Jaya pagi tadi sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada jam 10.30 pagi.

Dia sangat rapat dengan ibu

Menurut adik bongsunya, Ida Neliaty berkata Allahyarham sangat rapat dengan arwah ibu, Datin Nina Khadijah  yang meninggal dunia pada 2013.

Arwah abang saya sangat rapat dengan arwah ibu kami. Dia yang menjaga arwah sehinggalah arwah meninggal dunia. Saya rasa, ramai sedia maklum mengenai hubungan rapat dia dengan ibu. Kalau boleh, semua tempat atau acara yang dia pergi, dia akan bawa ibu bersama.

Tambah Ida Neliaty lagi, Allahyarham abangnya itu sangat rapat dengan mereka sekeluarga. Dia akan sentiasa mengingati kenangan bersama arwah.

Dia adalah abang dan pendengar yang sangat baik. Dia juga sering menasihati saya dalam banyak hal. Semalam, selepas tiba di rumah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya lalu di biliknya dan ternampak jaket kesayangan yang dia selalu pakai. Pada ketika, tiba-tiba ada perasaan sayu muncul. Banyak saat indah yang mungkin saya akan ingat lagi selepas ini.

Dia penyokong kuat saya

Saya terbabit dalam bidang fesyen. Jadi, dia antara penyokong utama saya dan rakan kami pun dalam kalangan orang yang sama. Selain itu, saya dan dia juga sering bekerjasama dalam beberapa acara berkaitan fesyen dan sebagainya.

Saya bertemu dengannya sebelum dia berangkat ke Sabah pada 31 Julai lalu. Dia nampak tenang dan sempat berpesan kepada saya untuk menjaga diri dan fokus dalam apa jua yang saya lakukan. Pada masa sama, dia sedih juga sebenarnya sebab cucu angkat kesayangannya berangkat pulang ke Indonesia selepas Aidilfitri lalu.

Pada September tahun lalu, Allahyarham pernah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur kerana masalah buah pinggang dan paru-paru.

https://www.instagram.com/p/BmCj90Khkbg/?taken-by=meloditv3

Sumber: Metro, Instagram Melodi

SKIP THIS AD ×