berita

‘Dia Seorang Sahaja Anak Saya, Bercuti Pun Di Taman Tema Kanak-Kanak’ – Fizo Omar Enggan Keruhkan Situasi, Anggap Tuduhan Tak Logik!

January 18th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Dakwaan yang dibuat usahawan Mawar Karim terhadap bekas suaminya, aktor Fizo Omar menjadi topik hangat di platform media sosial.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Anak ‘Keseorangan’ Ketika Bercuti, Hashtag #IndahKhabarDariRupa Mawar Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Mawar Karim Terkejut Maryam Cakap ‘Sad’ Ketika Bercuti Di Taman Tema, Nafi Sengaja Cari Pasal

Tak logik!

Selepas dua hari mendiamkan diri, Fizo, 36, tampil memberi kenyataan mengenai tuduhan membiarkan anak perempuannya iaitu Wan Maryam berseorangan ketika bercuti di Johor Bahru, baru-baru ini.

Ketika dihubungi OhBulan!, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata dakwaan itu tidak berasas kerana dia dan Maryam sangat rapat.

Kata usahawan terkenal ini, dia sentiasa menantikan masa bersama dengan Maryam memandangkan hanya dibenarkan untuk bertemu sebanyak dua kali dalam sebulan.

Saya sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi sehinggalah ada individu yang kongsikan kepada saya. Percutian kami pada hari itu sangat baik dan gembira.

Logik ke saya buat begitu? Semua tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dengan anak. Saya nak pergi tandas pun Maryam nak ikut.

Saya hanya dapat berjumpa dengan Maryam dua kali sahaja dalam sebulan iaitu pada hujung minggu. Itu adalah masa yang saya sentiasa tunggu.

Bila masa saya dengan Maryam memang tak ada siapa boleh kacau. Itu cara saya hargai masa saya dengan anak.

Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia. Saya bawa anak ke taman tema tersebut yang sememangnya khusus untuk kanak-kanak dan logik ke kalau nak tinggalkan dia seorang diri?

Kami pergi ke sana seramai tujuh orang dan masuk akal ke kalau dia dibiarkan seorang diri, manakala kami semua sibuk bermain?

Tak nak keruhkan keadaan

Dalam pada itu, pelakon drama Pengantin Satu Malam enggan mengeruhkan situasi tegang ini lagi. Tegasnya, dia tidak perlu untuk membalas perihal yang tidak logik hanya disebabkan sekeping foto yang dihantar kepada Mawar.

Maryam rapat dengan isteri saya yang dipanggil dengan panggilan ummi. Sekali lagi saya katakan tak logik jika dia diabaikan. Saya tak nak keruhkan keadaan lagi.

Rasanya tidak perlulah saya membalas kenyataan tidak benar hanya kerana sekeping gambar. Orang tidak tahu hal sebenar secara tiba-tiba nak serang saya. Sebagai bapa saya menjalankan tugas dengan baik.

Terdahulu, Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

SKIP THIS AD ×