berita

‘Dia Seorang Top Player’ – Kontroversi Prestasi Merudum, TMJ Kekal Sokong Safawi Rasid

March 6th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Teguran pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap prestasi merudum pemain bola sepak Safawi Rasid telah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalin hubungan dengan Syifa Melvin.

Namun, hubungan kedua-dua diantara mereka nampaknya tidak terjejas apabila Tengku Mahkota Johor (TMJ) meluahkan sokongan terhadap Safawi yang dianggap sebagai top player profesional.

Dia top player

TMJ menerusi posting di laman Facebook Johor Southern Tigers mengakui Safawi Rasid merupakan salah seorang pemain terbaik dalam kelab JDT. Malah, dia juga berbakat dan dilihat berpotensi yang bagus dalam karier sebagai pemain bola sepak.

Safawi Rasid adalah seorang ‘top player’ yang menggambarkan tahap profesionalisme dalam Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau seorang pemain yang sangat berbakat serta mempunyai masa hadapan yang cerah dan saya yakin beliau akan membuat keputusan-keputusan yang akan membantunya berjaya.

Sebahagian keluarga JDT

Sumber foto: Johor Southern Tigers

Selain itu, TMJ juga menganggap pemain tersebut sebahagian daripada keluarga kelab bola sepak itu dan akan sentiasa melakukan yang terbaik buat pasukan dan kerjaya Safawi juga.

Sepertimana dengan setiap individu yang merupakan sebahagian daripada Keluarga JDT, saya akan sentiasa bersama Safawi dan kelab ini akan melakukan yang terbaik untuk memastikan hanya yang terbaik untuk kerjaya Safawi.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Sumber: Johor Southern Tigers

SKIP THIS AD ×