berita

‘Dia Tak Perlukan Kontroversi Sebagai Publisiti’ – Ibu Ismail Izzani

September 4th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini penyanyi Ismail Izzani dilanda kontroversi foto hangat berpelukan bersama Zarina Anjoulie tersebar di media sosial. Bagaimanapun, foto tersebut telah mengundang kecaman netizen dan menganggap tindakan mereka itu adalah tidak sopan buat wanita berhijab seperti Zarina Anjoulie.

Artikel berkaitan: ‘Zarina Minta Muatnaik Foto Ismail Sebab Dia Tak Bayar Bil Hotel’ – Fatiya

Ibu kepada Ismail Izzani, Datin Suliza Salam menganggap kontroversi seperti ini adalah dugaan buat setiap artis dan dia tidak mudah melatah sebaik saja mengetahui kes ini melanda anak lelakinya itu.

Dugaan buat Ismail

Menurut mStar, Datin Suliza Salam masih percaya anaknya itu bukan seperti yang diperkatakan netizen. Malah, dia tidak mudah melatah dengan isu ini dan menganggap ini adalah dugaan sebagai anak seni.

Saya tidak mahu melatah dan menganggap ia sebagai dugaan buat Ismail. Saya hanya berharap agar dia lebih berhati-hati dalam setiap langkahnya pada masa akan datang.

Bagaimanapun, penyanyi era 1980an ini meninggalkan pesanan buat artis zaman sekarang agar lebih menjaga batas pergaulan dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Bukan mudah menjadi artis, dimana artis ini adalah milik masyarakat dan perlu menunjukkan contoh terbaik buat peminat dan masyarakat di luar sana.

Masyarakat lebih pandai menilai

Beringat kerana apa-apa pun kita tetap orang Melayu dan ada batasan dan tanggungjawab kepada agama dan masyarakat. Saya bercakap peringatan untuk anak saya dan artis-artis muda yang lain juga. Mereka sepatutnya jadi contoh kepada masyarakat.

Bagi saya Ismail tidak perlukan kontroversi sebagai publisiti dirinya. Saya percaya masyarakat lebih pandai menilai yang mana betul atau tidak.

Bagaimanapun, Datin Suliza Salam berharap agar netizen untuk tidak mudah untuk menilai sesuatu sebelum mengetahui kebenaran terhadap sesuatu perkara itu.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×