berita

‘Dia Tak Pernah Buktikan Apa-Apa Dalam Bidang Jurulatih’ – Pemain Lagenda Tegur Khalid Jamlus

July 10th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral apabila bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia, Khalid Jamlus dilihat cuba memperlekehkan pekerjaan tukang kebun selepas ditemubual wartawan. Malah beliau turut mengakui dirinya layak untuk membimbing pasukan bertaraf kebangsaan dan negeri berbanding kanak-kanak.

Terbaru, legenda skuad Harimau Malaya, Bakri Ibni turut memberi pandangan mengenai perkara ini yang dilihat memperlekehkan tugasan jurulatih di peringkat pembangunan.

Jangan ingat dia bagus

Mana boleh terus nak pegang pasukan bawah 19 (B-19) negara kalau tak pernah melatih pasukan. Jangan ingat dia bekas pemain, dia boleh jadi jurulatih yang hebat.

Kenyataan itu jelas mengguris hati ramai pihak termasuk Bakri yang turut membuka akademi bola sepaknya sendiri iaitu Akademi Tunas Lagenda yang melatih ramai pemain remaja berbakat di seluruh negara.

Bakri yang pernah membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 nyata berang dengan Khalid yang disifatkannya ‘cakap besar’ dan tidak menjaga perasaan pihak lain.

Jangan ingat dia bagus

Saya nak bagi contoh, dia (Khalid) yang tak pernah latih pasukan takkan nak terus bawa pasukan B-19 negara. Dia tak pernah buktikan apa-apa dalam bidang jurulatih. Jangan ingat bila menang kasut emas dia juga boleh jadi jurulatih yang bagus. Tak semua bekas pemain bola jadi jurulatih dan tak bermakna yang bukan bekas pemain profesional tak boleh jadi jurulatih.

Dulu ada Jita Singh bekas jurulatih Singapura. Beliau bukan bekas pemain tetapi boleh bawa Singapura menang Piala Malaysia (1980). Dia kena hormat semua orang lebih-lebih lagi jurulatih tak kira di peringkat mana sekali pun. Pergi latih dulu pasukan belia atau remaja kemudian baru naik hingga ke atas.

Sebelum ini, tindakan Khalid menjual jersi dan medal kemenangan termasuk trofi kasut emas dimenanginya cukup mengejutkan ramai pihak. Menurut Khalid yang juga bekas penyerang Perak, Selangor dan Kelantan itu, dia mengharungi kehidupan yang perit dengan hartanya seperti rumah dan kereta hampir ditarik kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Meskipun memiliki lesen jurulatih kelas B, dia mengakui agak sukar untuk mendapatkan pasukan termasuk pernah meminta bantuan daripada pihak tertentu seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pasukan Liga Malaysia namun semuanya hampa.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×