berita

‘Dia Tak Pernah Menghidap Sebarang Penyakit’ – Anak Nurin Misha

August 12th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Dukacita hari ini sekali lagi industri seni tanah air kehilangan permata bernilai dalam dunia drama. Pemergian pelakon Nurin Misha pagi tadi telah mengejutkan keluarga serta sahabat terdekat.

Artikel berkaitan: Pelakon Nurin Misha Meninggal Dunia

Anak dan keluarga kepada arwah Nurin Misha terpaksa terima takdir ini, meskipun sukar untuk mempercayainya. Drama Arafah merupakan drama lakonan terakhir arwah yang disiarkan di TV3 semalam.

Mengadu penat

Menurut Metro, Allahyarham Nurin Misha meninggal dunia kerana sesak nafas di kediaman di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sekitar jam 9.30 pagi hari ini. Anak ketiga kepada pelakon ini tidak sangka ibunya dijemput Ilahi dan tiada sebarang tanda-tanda awal untuk ibu pergi selamanya.

Kami sekeluarga terkejut dengan pemergian arwah emak kerana selama ini emak sihat dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit. Cuma adik beritahu emak hanya mengadu penat dan sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi.

Tiada perubahan sikap

Saya juga tidak melihat sebarang perubahan sikap emak kerana dia melayan kami seperti biasa saja di rumah. Arwah ibunya tidak bersendirian kerana ada ahli keluarga di sisi ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.

Mujur dua abang dan adik ada di rumah ketika itu. Buat masa ini, semua ahli keluarga berkumpul di rumah untuk menguruskan jenazah. Insya-Allah, jenazah arwah emak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bangko, Jalan Kuching selepas solat Asar hari ini.

Allahyarham Nurin Misha meninggalkan suami, Alias Ariffin dan lima anak termasuk tiga lelaki dan 2 perempuan. Semoga Allahyarham Nurin Misha tenang di sana. Al-Fatihah.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×