berita

Diajak Pergi ‘Bercuti’ Ke Pantai, Gadis Tingkatan 2 Dirogol 3 Lelaki ‘Durjana’

February 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan tiga lelaki yang didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun di Pantai Tanjung Bayam, Sulawesi Selatan, Indonesia mengundang padah apabila mereka ditahan oleh pihak polis.

Pelajar tingkatan 2 dirogol

Foto: trotoar

Menerusi laporan media tempatan, gadis ini dipercayai dirogol ketika sedang bercuti dan hasil soal siasat mendapati mangsa serta suspek mengenali antara satu sama lain. Ujar Ketua Subunit 3 Jatanras Polrestabes Makassar, Ipda Didik Sutikno, pihaknya telah menahan ketiga-tiga suspek.

Kami menjumpai ketiga-tiga mereka di kawasan Kota Makassar.

Bercerita lebih lanjut, mangsa dan rakannya dikatakan dipelawa oleh suspek untuk bercuti ke Pantai Tanjung Bayam sebelum menjadi mangsa rogol.

Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang bersendirian di pantai sebelum suspek bertindak menghampirinya dan memaksa untuk melakukan hubungan seks.

Kawasan pantai lengang

Sekadar gambar hiasan

Keadaan pantai ketika itu dilaporkan lengang dan suspek bertindak melarikan diri selepas tindakan tidak bermoral itu dilakukan. Susulan daripada itu, gadis ini membuat laporan kepada polis bagi melaporkan apa yang terjadi kepada dirinya.

Tiga orang terus memaksanya menanggalkan pakaian dan kemudian melakukan hubungan seks dengannya.

Sumber: trotoar

SKIP THIS AD ×