berita

Diambang Perceraian? Ini 5 Tuntutan Yang Perlu Wanita Tahu

March 4th, 2018 | by faris
Kini Trending

Perceraian adalah perkara halal yang paling dimurkai Allah. Perpisahan suami isteri yang pernah berjanji sehidup semati mungkin tidak boleh dielakkan kerana soal jodoh dan takdir yang menentukan segalanya.

Namun, perceraian bukanlah penamat untuk hidup. Perjuangan harus diteruskan demi kelangsungan hidup diri sendiri dan anak-anak. Untuk mengelakkan penyesalan kemudian hari, wanita terutamanya perlu tahu hak-hak mereka selepas bercerai.

Ambil lawyer boleh sediakan 30-40k

Seorang netizen berkongsi apa yang perlu dilakukan wanita apabila melalui proses paling perit dalam perkahwinan, diceraikan suami. Dia memberi contoh kes Intan Liana yang juga bekas madu pelakon Izreen Azminda yang diceraikan mungkin mendapat perhatian ramai, namun jika terjadi kepada orang kebanyakan, sudah tentu hilang punca dan tidak mengetahui langkah yang perlu diambil.

Tambahnya, untuk khidmat peguam bagi kes perceraian pun memakan belanja sehingga 30 hingga 40 ribu Ringgit. Jika tidak berduit, adalah penting untuk golongan wanita berilmu menghadapi masalah sebegini.

Apa yang boleh dituntut wanita

Antara tuntutan wanita yang boleh dibuat adalah seperti nafkah iddah. Nafkah ini perlu diberi mengikut keperluan wanita dalam masa 3 kali suci. Selain itu, mutaah atau saguhati dari pihak suami juga boleh dituntut berdasarkan jumlah yang disumbangkn sepanjang kahwin.

1/3 harta sepencarian hak wanita

Bekas isteri juga layak mendapat satu pertiga harta sepencarian walaupun bergelar surirumah dalam keluarga. Antara yang boleh dituntut adalah seperti rumah, duit simpanan, saham atau kereta. Walaupun berdepan kesukaran, amat penting untuk percaya kepada kuasa rezeki ketetapan Allah.

Tuntut di mahkamah nafkah anak secara hitam putih

Menurutnya lagi, bagi mengelakkan isu di kemudian hari, tuntutan nafkah anak perlu dibuat di mahkamah secara bertulis bagi memudahkan kerja sekiranya si bapa ingkar di kemudian hari.

Hak penjagaan anak bagi tujuan dokumentasi

Sumber: Norshahelayati Md Salleh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×