berita

Diana Amir & Suami Ingin Segera Timang Anak

October 28th, 2013 | by Ai
Kini Trending

NIKAH DIANA AMIR-30

Pasangan suami isteri mana yang tidak mahu menimang cahaya mata? Itu juga merupakan impian yang bermain-main di dalam fikiran pengantin baru, Diana Amir dan suaminya, Mohb Habib Bullah.

Diana yang ditemui sewaktu majlis pernikahannya mengakui tidak sabar untuk menerima kehadiran anak kecil di dalam keluarga yang baru dibinanya.

Saya sukakan kanak-kanak. Malah sebelum ini pun saya mengiginkan anak lebih daripada saya inginkan seorang suami. Jadi, bila saya dah berkahwin ni, saya bersedia sekiranya ditakdirkan hamil dalam tempoh terdekat kerana semua itu rezeki daripada Ilahi.

Sementara itu, Habib pula berharap semoga dia dan isteri dikurniakan zuriat secepat mungkin dan tidak kisah dengan bilangan anak yang ramai.

Soal berapa orang anak kami tidak merancang. Berapa ramai pun yang Allah kurniakan, kami terima dan tidak kisah anak ramai.

NIKAH DIANA AMIR-37

Bagaimanapun, kedua-duanya masih belum memikirkan tentang destinasi bulan madu memandangkan mereka cuma bercuti selama dua hari sahaja sebelum masing-masing sibuk dengan aktiviti.

Namun menurut Diana, dia akan mengurangkan aktiviti kerjanya buat sementara waktu untuk menumpukan perhatian kepada suami.

Selepas ini saya akan kembali bekerja tapi dalam masa sebulan ini saya akan kurangkan kesibukan saya demi suami. Bila dah berkahwin ni tanggungjawab makin bertambah. Bukan setakat uruskan diri saya seorang sahaja, malah suami juga.

Beralih kepada soal kerjaya Diana sebagai pelakon pula, Habib sama sekali tidak melarang atau meletakkan syarat penting untuk isterinya terus berlakon.

NIKAH DIANA AMIR-33

Jika Diana masih mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan selagi apa yang dibuatnya tidak melanggar hukum syarak, saya tidak keberatan untuk membiarkan dia terus berada di dalam bidang lakonan.

Menurut Habib lagi, dia juga tidak kisah untuk menemankan Diana ke mana-mana memandangkan dia juga kini sudah berhenti sementara sebagai pensyarah dan sedang melanjutkan pelajaran.

Selain daripada itu, pasangan ini telah merancang untuk sama-sama mengusahakan perniagaan Diana Amir Ekslusif yang menjual pakaian muslimah dan majlis motivasi.

SKIP THIS AD ×