Setiap wanita mengandung mengalami pelbagai alahan berbeza. Kadang-kadang perkara ni normal je tapi kesian juga pada mereka yang terkena alahan teruk dan pelik.
Teringat dulu Scha Alyahya semasa di awal kehamilannya langsung tak boleh melihat orang berambut perang, mendengar deringan telefon dan bersolek.
Tapi nampaknya Diana Amir pun turut mengalami perkara sama namun simptom alahannya lebih unik di mana pelakon itu terpaksa bergerak aktif untuk mengelakkannya dari merasa loya.
Sepanjang mengandung sekarang, saya kena selalu bergerak. Kalau berehat dan tidak membuat sebarang kerja, kepala boleh pening dan nak muntah dibuatnya
Pernah sekali, saya bercuti dan ketika itu hanya mahu berehat saja di rumah. Sayangnya, kepala jadi pening dan tekak pula rasa mual macam hendak muntah.
Sudahnya, saya sibukkan diri dengan kerja dan Alhamdulillah tak ada pula nak pening atau mual pun. Mungkin, bayi saya ini sukakan ibunya aktif.
Dalam pada itu, Diana turut mendedahkan bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka akan lahir pada Februari 2015.
Tak sabar nak tengok anak Diana, mesti comel macam mak ayah dia. Apapun, kami doakan semoga proses kelahiran si kecil itu nanti dipermudahkan dan semuanya selamat.
Sumber : Harian Metro