berita

Diana Danielle Akur Tidak Boleh Mengandung Lagi

June 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Malam-Gala-Kami-Histeria-31-630x420

Siapa yang tak nak anak, kan? Walaupun sudah dikurniakan seorang anak lelaki yang comel, Diana Danielle tetap menyimpan hasrat untuk memiliki anak kedua.

Tapi sayangnya, pelakon dan pengacara itu terpaksa melupakan seketika hasrat berkenaan hanya kerana dia telah menandatangani kontrak yang tidak menggalakkannya untuk hamil.

Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi.

diana danielle-14

Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).

Disebabkan itu, Diana merancang untuk menimang cahaya mata seterusnya dalam masa dua tahun akan datang selepas tamat kontrak.

Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua.

Tak apalah, sekurang-kurangnya Diana dan Farid dah memiliki seorang anak. Soal anak kedua, ketiga atau seterusnya serahkan sahaja pada rezeki.

Sumber: mStar Online

×