Harimau Malaya mengikat kedudukan seri 2-2 menentang Vietnam semalam dalam aksi memburu kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018. Lebih 80 ribu penyokong bola sepak tempatan hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan negara.
Turut tidak ketinggalan adalah barisan artis antaranya Diana Danielle, Farid Kamil dan Ummi Nazeera yang ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam satu perkongsian foto di Instagram, Diana dilihat melepaskan geram ke atas netizen yang seolah mempertikai cara mereka mendapatkan tiket.
Ditanya cara dapatkan tiket final
Segelintir netizen yang melihat foto dikongsikan Diana bertanyakan bagaimana dia dan rakan-rakan mendapatkan tiket berkenaan. Ini kerana tiket final itu cukup laris dan habis dijual dalam masa singkat sama ada di kaunter dan online.
Seorang lagi netizen menggunakan nama Azri Alyahya bertanyakan jika tiket itu diberikan Yang Berhormat (YB) wakil rakyat yang berkemungkinan merujuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ini respon Diana
Menurutnya, mereka juga berusaha mencari tiket seperti orang ramai dan tidak menggunakan orang dalam seperti didakwa. Malahan, Diana juga kesal kerana dakwaan tiket diberi YB seperti memperlekeh usaha mereka mencari tiket berkenaan.
Imej bertopeng pun jadi isu
Turut menjadi isu adalah tindakan pelakon Magika ini mengenakan topeng ketika di dalam stadium. Seorang netizen membandingkan selebriti luar negara tidak mengambil langkah sama ketika menonton di tempat sebegitu.
Diana membalas komen berkenaan dengan menjelaskan dia berbuat demikian demi keselamatan mereka sendiri. Selebriti Barat mempunyai bodyguard sendiri tanpa perlu memakai topeng di tempat awam.
Sumber: Diana Danielle