berita

Diana Danielle Hiasi Muka Depan Cosmopolitan, Edisi Februari 2013!

January 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Diana Danielle

Untuk edisi bulan Februari 2013, majalah Cosmopolitan bakal menampilkan pelakon terkenal, Diana Danielle sebagai penghias muka depan majalah mereka.

Nampaknya Diana Danielle kelihatan sungguh jelita dan anggun tatkala menggayakan busana berpotongan ala peplum. Penampilan Diana kelihatan bertambah menyerlah dengan adanya penambahan aksesori seperti cincin dan anting-anting panjang yang mampu membangkitkan lagi aura feminin buat gadis cantik ini.

Menerusi edisi bulan Februari, pelbagai isu-isu hangat bakal dikupas khususnya untuk tatapan kaum hawa. Antara isu-isu yang akan dibincangkan adalah, Apakah yang wanita lakukan demi menagih cinta suami orang?, Ketahui cara terbaik untuk menyuai padankan aksesori untuk tampil lebih bergaya, Pelajari cara terbaik untuk menggoda si dia dengan haruman sensual dan yang paling istimewa ketahui apakah yang Diana Danielle inginkan dalam kehidupannya.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai isu-isu menarik, jangan lupa untuk dapatkan majalah Cosmopolitan dipasaran sekarang!

×