berita

Diana Danielle Jawab Ketiadaan Bapa Kandung Di Hari Pernikahan

November 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sabtu lalu telah berlangsungnya majlis pernikahan antara Diana Danielle dan pasangannya Farid Kamil bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Persediaan majlis tersebut telah disempurnakan oleh perunding perkahwinan, Bayu Wedding.

Nampaknya sepanjang majlis tersebut, ayah kandung Diana langsung tidak kelihatan dan pelakon ini hanya ditemani oleh ibunya. Bagi mendapatkan penjelasan, pihak media telah menghampiri Diana dan bertanya lebih lanjut berhubung perkara itu.

“Walaupun ayah saya tiada di majlis ini, saya tetap rasa bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang cukup tabah dan sanggup melepaskan anak dia yang sorang ini.”

“Seharusnya kita tak perlu fikirkan sangat apa yang kita tak ada. Tetapi kita patut fikir apa yang kita ada sekarang. Macam sekarang ni, keluarga saya ramai yang datang untuk memberikan sokongan dan saya rasa sangat gembira.”

Namun begitu ibu Diana enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut dan mengingatkan anaknya supaya tidak terlalu menjawab soalan yang sama.

“Sebenarnya ibu saya tak nak berkongsi semua ini secara terbuka. Sebab itu dia tak nak beri sebarang komen. Apa-apa pun kami akan menjaga ibu saya bersama-sama.”

“Ini pun saya dah rasa cukup gembira kerana dapat restu ibu untuk berkahwin awal,” ujar Diana tersenyum manis.

Dalam pada itu Diana sempat berkongsi beberapa karakter Farid yang amat disukainya.

“Saya suka Farid sebab dia seorang yang kelakar, penyabar, selalu buat saya gembira dan sentiasa beri sokongan kepada saya dari segi mental dan fizikal.”

“Selama ini kami jaga hubungan dengan baik, tak terlalu terbuka dan tidak mendedahkan hubungan kepada umum. Alhamdulillah, hari ini semuanya berjalan dengan lancar.”

Jika mengikut perancangan awal, Diana dan Farid bakal berbulan madu di Mekah dan mengerjakan umrah bersama. Akan tetapi, disebabkan visa untuk penduduk Malaysia ke Mekah adalah terhad, pasangan ini terpaksa menunda perkara tersebut.

“Kami memang merancang untuk membuat umrah di Mekah. Tapi perkara tersebut terpaksa ditangguhkan kerana bulan 12 visa akan diberikan untuk individu tertentu sahaja. Jadi, kami akan pergi ke Istanbul dulu, lepas tu baru akan melaksanakan umrah bersama. Insyallah.”

Merujuk kepada persediaan Diana untuk bergelar seorang isteri serta menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga, gadis ini lantas menjawab, “Bila Farid melamar saya untuk menjadi isteri dia, saya sebenarnya sudah bersedia untuk semua itu.”

“Bukan sekelip mata kita tahu semua perkara. Jadi, saya ingin lalui perjalanan ini di peringkat awal,” komen Diana mengenai tanggungjawab yang bakal digalas selepas ini.

SKIP THIS AD ×