berita

Diana Danielle Tak Hadir Untuk Proses Sulh, Farid Kamil Buat Kejutan Lagi

April 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pengarah dan pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 11:42 pagi Selasa, bagi prosiding sulh hari ini.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Sangat Penyabar, Memahami, Kelakar & Buat Saya Bahagia’ Viral Semula Di Tiktok

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saman Tetap Diteruskan, Ini Bukan Soal Siapa Menang’ – Syamsul Yusof

Artikel berkaitan: [VIDEO] Isu Berbaik Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Minta Netizen Jangan Salah Tafsir Kenyataan

Ada kejutan menanti

Farid atau lengkapnya Farid Kamil Zahari, 41, tiba di mahkamah dengan memakai baju kemeja berwarna biru muda lengkap bersongkok dengan ditemani oleh pembantunya.

Hari ini saya datang untuk sulh. Sekejap lagi selepas proses sulh saya akan buat pc (sidang media), itu lah kejutan yang saya akan buat. Perasaan saya sangat bersyukur dan gembira kerana akan berjumpa dengan anak-anak saya tidak lama lagi. Selamat hari raya.

Bagaimanapun, pelakon Diana Danielle dilaporkan tidak dapat menghadirkan diri bagi prosiding sulh hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

@ohbulanofficial Farid Kamil tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk sebutan sulung kes Sulh. Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh. Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan. #ohbulan #sembangentertainment #faridkamil #tiba #mahkamahtinggishariahshahalam #sebutan #kes #sulh ? original sound – OHBULAN!

Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Pada 20 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.

Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.

Pada 24 Mac lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, serta Aurora, 8.

SKIP THIS AD ×