Seperti diketahui ramai, pengarah sensasi, Syamsul Yusof pernah memberitahu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap aktor Farid Kamil gara-gara hantaran yang dikongsikan di Instagram Stories.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kepada Farid Kamil, Jumpa Dekat Mahkamah’ – Syamsul Yusof
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Kenal Siapa Dia’ – Syamsul Yusof Mahu Saman, Farid Kamil Boleh Senyum
Saman tetap berjalan
Terbaharu, Syamsul menegaskan dia nekad untuk meneruskan perbuatan tersebut bagi membersihkan semula namanya yang sudah tercalar.
Kata aktor berumur 39 tahun, kejadian tersebut patut dijadikan pengajaran agar tidak berulang lagi.
Yang mana saya nak saman, tetap berjalan. Jadi, saman itu tetap diteruskan. Saya pun harap Allah lembutkan hati saya untuk tarik balik saman, mungkinlah. Saya pun tak tahu.
Sekarang saman tetap diteruskan. Ini bukan soal siapa menang atau kalah, ia hanyalah perkara yang patut dijadikan pengajaran.
Syamsul berkata demikian sejurus usai prosiding pertama kes tuntutan nusyuz terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syarie Gombak Timur, Kuala Lumpur, pada pagi Khamis.
Tak suka bergaduh
@ohbulanofficial Saman tetap diteruskan?? ??#ohbulan #fyp #news ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof menyatakan dia seorang yang suka ketenangan selain enggan bermusuh dengan mana-mana rakan selebriti.
Ini kerana apabila berdiam diri buat kerja, tiba-tiba ada orang mengganggu atau memberikan kata-kata buruk, jadi kita perlu bertindak.
Saya seorang yang tenang dan tak suka ada isu dengan rakan artis kerana satu bidang. Saya tanya apakah anda akan mengambil tindakan saman kalau ada orang mengutuk dalam media sosial, jadi saya ambil tindakan undang-undang.
Sebelum ini, Farid mendakwa Syamsul pernah memukul seorang wanita bernama Diana (dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle) namun tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya pada tahun 2020.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.