Susulan proses perceraian masih belum menemui titik noktah, pelakon Diana Danielle nekad mahu membuat tuntutan nafkah tertunggak daripada suaminya, Farid Kamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perasaan Kasih & Sayang Diana Hanya Saya Yang Dapat Rasa..Ia Masih Kuat’ – Farid Kamil Tetap Nak Selamatkan Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Diana Dianelle Anggap Dizalimi – ‘Tindakan Ini Memualkan, Dia Tidak Berpijak Pada Bumi Nyata’
‘Saya memutuskan untuk tuntutan nafkah’
Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, memberitahu dia akan meneruskan dengan tuntutan nafkah tersebut kerana suaminya itu dilihat sengaja memanjangkan isu perceraian mereka serta enggan melepaskannya.
Tindakan seterusnya, saya memutuskan untuk tuntutan nafkah kerana apabila dia memanjang dan memberatkan isu, saya rasa peluang yang saya berikan hanya sia-sia.
Dalam pada itu, pelakon filem Imaginur ini lagi tidak mahu mendedahkan secara terperinci bila dan berapakah jumlah nafkah yang dituntut. Namun akan menggugurkan tuntutan nafkah tertunggak sekiranya aktor itu bersetuju melepaskannya.
Tuntutan nafkah adalah tuntutan sebelum ini yang tertunggak. Saya tak perlu beritahu tunggakan itu berapa lama tapi kekecewaan saya ini saya akan luahkan dengan cara sepatutnya. Kalau dia lepaskan saya, saya gugurkan tuntutan nafkah.
‘Sebagai suami, dia perlu bertanggungjawab’
Sementara itu, peguam mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu defendan (Farid Kamil) perlu bertanggungjawab memandangkan dia masih suami yang sah kepada anak guamnya itu.
Arahan lanjut daripada anak guam adalah saya akan failkan tuntutan nafkah ke atas defendan. Sebagai suami, dia masih nak teruskan ikatan perkahwinan ini, jadi dia perlu bertanggungjawab.
Susulan gagal mendapat kata sepakat, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) kedua-dua belah pihak.
Pada 20 November lalu, Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur untuk pengesahan rujuk sebelum meneruskan prosiding pertama perceraian, pada Isnin (16 November).
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.
Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.