Menampilkan gandingan hebat Zamarul Hisham dan Rita Nadira, telefilem ‘Saat Hilang Cintamu’ yang ditayangkan pada Sabtu lalu telah berjaya membuatkan penonton terkesan dengan jalan cerita dan watak yang dilakonkan sehingga ramai warganet yang memuat naik semula beberapa babak telefilem itu di TikTok.
Artikel Berkaitan: ‘Masih Ada Yang Tak Faham, Otak Letak Dekat Kaki’ – Zamarul Hisham
Artikel Berkaitan: ‘Satu Tahap Saya Down’ – Diana Rafar Dedah Suami OCD Punca Rumah Tangga Pernah Gagal
Dari kisah benar
Telefilem tersebut mengisahkan tentang kesetiaan seorang suami bernama Razil yang dilakonkan oleh Zamarul Hisham, terhadap isterinya Salinah lakonan Rita Nadira, yang curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Paling menyayat hati apabila Salinah terlantar lumpuh, namun Razil tetap setia menjaga dan sudi untuk merujuk semula perkahwinan mereka walaupun Salinah menduakannya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram (IG), pelakon utama telefilem tersebut, Zamarul Hisham, mendedahkan bahawa difahamkan naskah itu diadaptasi dari sebuah kisah benar.
Cerita ini memang cerita benar, orangnya masih ada dan sudah berusia lebih 70 tahun. Cuma abang kecewa sebab ketika penggambaran tak dapat berjumpa. Memang dia sangat setia orangnya.
Penonton sebak
Menjengah ke ruangan komen ramai warganet yang terkesan sehingga mengalir air mata disamping mereka memuji lakonan mantap aktor tersebut. Pada pandangan mereka, pemilik nama sebenar Zamarul Hisham Mohamed ini sememangnya layak menerima anugerah.
Sumber: Instagram