berita

Keluarga Terdekat Dijangkiti Covid-19, Shukri Yahaya Lega Keputusan Ujian Negatif

January 9th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon 7 Hari Mencintaiku iaitu Shukri Yahaya menerusi perkongsiannya di entri IG Story memaklumkan dirinya negatif Covid-19 susulan ahli keluarga termasuk kakak, adik perempuan, adik ipar lelaki dan anak saudara dijangkiti virus itu. Difahamkan keluarga ini telah hadir ke sebuah majlis ulang tahun kelahiran pada Sabtu lalu. Sebaliknya, Shukri tidak hadir ke majlis berkenaan disebabkan urusan kerja.

Result saya negatif

Shukri berkongsikan beberapa keratan video di entri Ig Story dengan dukacita memaklumkan bahawa ahli keluarganya positif Covid-19. Mereka yang menghadiri sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahiran itu pada hujung minggu lalu disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Benda ni dari Sabtu hari tu. Kami buat kuarantin sendiri dan swab test kelmarin. Dan semalam saya dapat result yang saya negatif. Mungkin Allah bagi negatif sebab untuk saya jaga family saya. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Terima kasih sangat. Alhamdulillah…

Saya tiada direct contact dengan mereka. Pada Sabtu lepas dia orang celebrate birthday anak buah saya. Masa saya pergi kerja. Jangan risau, saya akan self quarantine diri saya selama 14 hari.

Sambung kuarantin

Tambah pelakon ini lagi, sebaik sahaja dia mengetahui berita akan kakak sulungnya itu, dia terus ambil keputusan segera untuk menjalani kuarantin di rumah.

Jangan risau, saya dapat tahu kakak sulung saya positif tu hari Ahad. Saya dapat tahu, saya balik rumah terus kuarantinkan diri saya sampai ke hari ni. Hari ni saya keluar pergi ambil result swab test kelmarin. Ini saya balik dan terus sambung kuarantinkan diri di rumah. Doakan kami semua ye… terima kasih.

Sumber: Shukri Yahaya

SKIP THIS AD ×