berita

Dibaling Objek Besi, Botol & Suar Oleh Penyokong Indonesia, Syed Saddiq Janji Tuntut Keadilan

September 6th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Dalam perlawanan aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 malam tadi menyaksikan penyokong Indonesia melakukan provokasi bertubi-tubi. Mereka dikatakan telah membaling objek tajam, botol dan suar kepada penyokong Malaysia sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menerusi laman Instagramnya meluahkan kekecewaan dan akan melakukan aduan rasmi kepada kerajaan Indonesia berhubung provokasi melampau.

Penyokong Indonesia cuba merempuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi, botol dan suar dicampak kepada kami beberapa kali. Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.

Gangsterism tidak akan ditolak ansur

Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya.

Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang. Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.

#SelamanyaHarimauMalaya

‘Maafkan kami’

Segelintir rakyat Indonesia meninggalkan komen memohon maaf dengan kelakuan melampau penyokong fanatik dan ekstrem. Di luar padang mereka telah menganggap Malaysia sebagai saudara serumpun dan saling menyokong antara satu sama lain.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia menyokong tindakan Syed Saddiq membuat laporan supaya tindakan selanjutnya dapat diambil pihak bertanggungjawab.

Sumber : Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×