berita

Diberhentikan Kerja, Dihalau Dari Rumah Sewa, Wanita Cuba Terjun Kondominium Tingkat 32

June 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara diberhentikan kerja dan dihalau dari rumah sewa, seorang wanita membuat percubaan untuk terjun dari tingkat 32 sebuah kondiminium di Sungai Buluh.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidup Sebatang Kara, Tertekan Tiada Kerja, Lelaki Nekad Bunuh Diri

Artikel Berkaitan: Berkelakuan Pelik Sebelum Panjat Pagar, Lelaki Maut Terjun Tingkat 12

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 3 Suria KLCC

Tertekan diberhentikan kerja

Foto: Harian Metro

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, wanita berkenaan berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang bertindak memujuknya untuk tidak berbuat demikian. Ujar Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.52 malam.

Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi kejadian. Setiba di lokasi terdapat seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dan cuba untuk membunuh diri.

Norazam pada masa yang sama turut menjelaskan, pasukan penyelamat telah membuat persiapan rapi dengan memasang tali keselamatan dan memujuk wanita berkenaan ke tempat yang selamat.

Mangsa didapati mengalami masalah peribadi kerana kehilangan kerja dan dihalau dari rumah sewa. Wanita terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×