Penyanyi Zehra Zambri enggan memberi sebarang kenyataan berhubung kemelut rumah tangganya bersama suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Artikel Berkaitan: Suami Zehra Zambri Bakal Failkan Nusyuz, Mahu Selamatkan Rumah Tangga Daripada Bercerai
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Bakal Failkan Cerai ‘Fast Track’ Terhadap Suami Dalam Masa Terdekat?
‘Saya tidak akan mengaibkan sesiapa’
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, Zehra berkata dia kini berada di hospital selepas berdepan masalah kesihatan.
Salam, mohon maaf saya tidak dapat beri sebarang kenyataan ketika ini.
Kesihatan saya juga kurang baik.
Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Semalakama itu menegaskan dia tidak akan mendedahkan apa-apa berhubung masalah rumah tangga bersama suami, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada peguam.
Saya tidak akan sesekali mengaibkan sesiapa.
Tiba masanya peguam yang mewakili saya akan mengulas lanjut, terima kasih.
Semalam OhBulan! melaporkan suami Zehra, Nur Mohd. Iqwan Samsudin, 42, mendakwa isterinya itu dilaporkan bakal memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadapnya dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Iqwan hadir ke mahkamah untuk memfailkan nusyuz bagi menyelamatkan rumah tangga mereka yang didakwa ada gangguan pihak ketiga.
Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
Hantaran di Instagram Story
Sumber: Instagram Zehra Zambri