Malam semalam, penyanyi meningkat naik Wany Hasrita membawa pulang gelaran Anugerah Bintang Popular 2018. Kemenangan Wany itu nyata mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka penyanyi Menahan Rindu ini mampu mengenepikan saingan artis senior merangkul anugerah berprestij itu.
Namun, tidak kurang juga ada yang mendakwa Wany menggunakan cara kotor untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya.
Tak keluarkan duit pun
Menurut Wany, dia bersyukur kerana kelab peminatnya berfikiran ke depan dan menggunakan kelebihan komputer yang banyak untuk memastikan kemenangannya. Malahan, dia menafikan dakwaan membeli undi seperti dikatakan sesetengah pihak.
Alhamdulillah kelab peminat saya mempunyai pemikiran yang sangat ke hadapan. Mereka hanya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak.
Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi. Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja.
Undi setiap jam
Tambahnya, kelab peminat yang digelar Wanyhasnizers gigih mengundi setiap jam sehinggakan sanggup bersengkang mata bagi memastikan dapat mengundi semaksimum mungkin.
Setiap sejam mereka undi. Sebab itu saya cakap mereka undi sampaikan tak tidur.
Ujar Wany, dia sendiri tidak menjangkakan kemenangannya pada malam semalam kerana baginya tidak ada banyak pencapaian besar dicapainya tahun ini.
Saya tak jangka pun kemenangan ini sebab saya tak rasa tahun ini adalah tahun saya. Kita mesti tahu dan menyedari kalau ada sesuatu pada tahun ini.
Macam tahun lepas lagu Menahan Rindu meletup-letup. Tapi tahun ini macam tak banyak perkara positif berlaku. Kita pun sendiri sedar kita patut menang atau tidak.
Sumber: Mstar Online