Seorang peniaga bingkai gambar dituduh memperdagangkan dua wanita warga Indonesia untuk ekspoitasi seks sejak November tahun lalu dan telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Seremban pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Lelaki Warga Asing Cabul Remaja Perempuan & Beri Wang Sebagai Ganjaran
Artikel Berkaitan: Polis Berkas Seorang Lelaki Didakwa Cabul Wanita Di Dalam Tandas Masjid
Mengaku tidak bersalah
Gambar sekadar hiasan
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh serta seorang lagi individu yang masih bebas telah melakukan kesalahan memperdagangkan dua wanita warga Indonesia yang berumur 28 dan 34 tahun untuk tujuan ekspoitasi seks.
Setelah kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datin Surita Budin, tertuduh Muhammad Soleh Abdullah bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan.
Tertuduh yang berusia 36 tahun itu telah melakukan kesalahan di sebuah rumah di Taman Khaya 2, Bahau, Jempol antara November 2022 hingga 11 Mac lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tertuduh boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Mahkamah seterusnya mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan dan menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Dalam pada itu, tertuduh tidak boleh mengganggu saksi sehingga kes selesai dan pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.
Hakim kemudian menetapkan 9 Mei hadapan sebagai sebutan semula kes.
Sumber: Harian Metro