Gara-gara tidak dapat menahan sikap amarah, seorang penyanyi baru nak up ditahan pihak polis apabila didakwa menimbulkan kekecohan.
Menerusi Harian Metro, penyanyi dan komposer lagu terkenal baru yang berusia 21 tahun itu dilaporkan ditahan pihak polis selepas didakwa mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang.
Terus cekik pekerja stesen minyak
Saksi yang melihat kejadian berlaku mengatakan bahawa terdapat perselisihan faham semasa penyanyi tersebut ingin mengisi minyak di stesen berkenaan. Penyanyi tersebut secara langsung mencekik pekerja terbabit.
Bagaimanapun berlaku salah faham ketika artis itu mahu membuat bayaran terhadap minuman yang mahu dibeli.
Difahamkan artis itu mahu membuat bayaran menggunakan kad kredit, namun kaedah pembayaran itu tidak diterima oleh kakitangan stesen minyak itu.
Tak bagi kerjasama dengan polis
Disebabkan keadaan menjadi semakin tegang, pengurus stesen minyak terpaksa menghubungi polis bagi meleraikan kejadian. Namun, penyanyi tersebut tidak memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.
Melihat keadaan menjadi tidak terkawal, pengurus stesen minyak itu bertindak segera menghubungi polis.
Anggota unit peronda polis (MPV) yang muncul di lokasi tidak lama kemudian cuba menenangkan keadaan.
Bagaimanapun tindakan polis mahu mendapatkan kerjasama baik artis terbabit gagal apabila lelaki itu enggan menunjukkan Mykad bagi tujuan siasatan.
Malah, tindakan artis itu mencabar anggota polis bertugas menyebabkan polis terpaksa menahan dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan lanjut.
Penyanyi tersebut telah dibawa ke mahkamah bagi perintah tahanan reman mengikut Seksyen 232 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.
Sumber: Harian Metro