berita

Didakwa Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Ira Kazar Akan Ditahan JAWI?

August 26th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof difahamkan akan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Artikel Berkaitan: Didakwa Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Ira Kazar Dipanggil Jawi

Artikel Berkaitan: Peguam Teliti Video Viral Syamsul & Kazar Di Kedai Emas, Akan Ambil Tindakan Jika Langgar Perintah Interim Injuksi

Ira bakal ditahan JAWI?

Memetik laporan Harian Metro, tindakan tersebut dibuat selepas Ira Kazar dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu.

Difahamkan, Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu kesalahan membabitkan mana-mana individu yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×