berita

Peguam Teliti Video Viral Syamsul & Kazar Di Kedai Emas, Akan Ambil Tindakan Jika Langgar Perintah Interim Injuksi

July 5th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusof membuat ‘content’ di kedai menjual barangan kemas bersama pelakon veteran, Kazar yang juga bapa kepada wanita didakwa kekasih Syamsul, Ira Kazar.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof & Kazar Buat ‘Content’ Di Kedai Emas, Netizen Kecam Sebab Tak Jaga Hati Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: Diarah Masukkan Pembelaan, Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh ‘Ganggu’ Puteri Sarah

Susulan daripada itu, peguam kepada pelakon Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu akan meneliti rakaman video viral berkenaan.

Peguam teliti video Syamsul dan Kazar

Menurut Datuk Akberdin Abdul Kader lagi, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu klip video berkenaan dan akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya rakaman terbabit didapati melanggari perintah interim injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen pada 24 Jun lalu terhadap Ira Kazar serta pihak berkaitan.

Saya enggan menghakiminya pada peringkat ini kerana kami perlu ‘study’ dulu sama ada dia (Ira Kazar) melanggari perintah interim injuksi ini.

Selepas itu barulah kita akan membuat rumusan jika perkara ini mempunyai kaitan dengan penghinaan sebab interim injuksi ini bukan setakat kepada Ira seorang saja, tapi ejen-ejen serta pihak yang mempunyai kaitan dan jelas bapa dia mempunyai kaitan dengannya.

Sementara itu, Puteri Sarah Liyana difahamkan enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya menyerahkannya kepada peguam.

Saya enggan komen mengenai video itu, saya serahkan kepada peguam untuk meneliti rakaman video itu untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×