berita

Didakwa Guna ‘Kabel’ Jadi Pembaca Berita TV3, Hawa Rizwana Respon Tuduhan Jahat Netizen

August 1st, 2019 | by faris
Kini Trending

Tuah memiliki raut wajah seiras hos Neelofa, nama Hawa Rizwana pernah viral di laman sosial suatu ketika dulu. Setelah menjalani latihan praktikal di TV3, dia kini berkhidmat sebagai wartawan dan pembaca berita di stesen televisyen itu.

Tempoh hari, ada dakwaan yang mengaitkan pembabitannya dalam dunia penyiaran sebagai menggunakan ‘kabel’, dilemparkan kepada Hawa dan rakan setugasnya, Zharif Zhafri.

‘Mesti guna orang dalamkah’

Screenshot komen-komen jahat netizen dimuatnaik adik kepada Zharif Zhafri, Zhafir Zhikri yang merupakan anak kepada personaliti TV, Aziz Desa. Antara dakwaan netizen termasuklah menggunakan ‘orang dalam’ sebagai batu loncatan bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Respon Hawa

Tidak berdiam diri dengan dakwaan terbabit, Hawa menerusi Twitternya menangkis tuduhan tersebut dengan meminta pihak berkenaan bertanya kepada pensyarahnya yang bertanggungjawab menghantar dia dan rakan-rakan untuk berpraktikal di TV3. Untuk rekod, bapa Hawa, Ahmad Redzuan Abdul Rahman merupakan hos Selamat Pagi Malaysia pada era 90-an.

Personaliti ini juga memohon netizen tidak melukakan hati dan memfitnah ayahnya ketika dia mencuba sedaya-upaya untuk membanggakan orang tuanya itu.

Guna idea ayah ketika live

Sumber: Hawa Rizwana, Zhafir Zhikri

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×