berita

Didakwa Himpit Pasukan Terengganu Sehingga Jatuh, Pelumba Johor Jelaskan Situasi Sebenar

September 15th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Kemenangan pasukan Johor dalam lumba basikal SUKMA 2018 dipersoalkan apabila sebuah video ketika acara tersebar di media sosial. Di dalam video pendek tersebut, pelumba basikal dari Terengganu didakwa dihimpit pasukan Johor sehingga terjatuh.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Didakwa Dihimpit Pelumba Johor Hingga ‘Reboh Berguling’, Terengganu Terlepas Emas?

Walaubagaimanapun, pasukan Johor menerusi Instagram menjelaskan situasi sebenar.

Tayar pelumba Johor tergelincir, rantai basikal terjatuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by M.Nurfitri Ammar (@fitri_ammar) on

 Text by @pijoblack_
Percayalah, apa yang terjadi pada perlumbaan berbasikal lebuhraya SUKMA Perak ini bukanlah aksi yang disengajakan tetapi takdir telah menentukan segalanya. Apa-apa boleh jadi dalam perlumbaan walaupun sudah hampir ke garisan penamat.
Untuk pengetahuan semua, pelumba Johor tidak mengahalang atau cuba menjatuhkan pesaing dari Terengganu. Pelumba Johor ada masalah teknikal basikal di 150m akhir ke garisan penamat untuk pecutan terakhir bagi mendapatkan pingat emas tetapi nasib tidak menyebelahi pelumba Johor yang menghadapi kegelinciran tayar lalu rantai basikalnya terjatuh dari landasan tetapi beliau masih lagi dapat mengawal basikalnya dari terjatuh.

Pelumba Terengganu terlanggar roda belakang

Pelumba Terengganu cuba mengelak insiden itu tetapi beliau terlanggar roda belakang pelumba Johor yang menyebabkan beliau jatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan. Selepas itu, Pelumba Johor menamatkan perlumbaan tersebut dengan berlari ke garisan penamat bersama basikal yang ditolak.
Selepas insiden pelanggaran itu berlaku di akhir perlumbaan, pelumba Johor yang kedua iaitu Mohamadsaari Amri berada di kelompok kedua bersama pelumba Johor yang ketiga Mohamad Faiz dan menamatkan saingan di tempat yang pertama bersama-sama kelompok kedua manakala Fitri Amar tidak sempat menamatkan saingan di tempat pertama selepas insiden perlanggaran berlaku.
Untuk rakan-rakan dan masyarakat yang masih salahkan Pasukan Johor, tidak mengapa. Anda tidak tahu perkara yang sebenar kerana korang tidak berada di tempat kejadian. Pasukan Johor dan Terengganu tiada masalah pun sebenarnya dan pelumba masing-masing pun dah minta maaf atas apa yang terjadi semalam. Mungkin bukan rezeki mereka. Rise up!
#jangankecam #sukmaperak2018 #theturboman

Sumber : M. Nurfitri Ammar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×