berita

Didakwa ‘Kekwat’ Dengan Peminat, Ungku Ismail Anggap Ramai Gadai Pahala Puasa

April 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai video memaparkan pasangan selebriti, Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz yang menghadiri Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023), Putrajaya.

Video tersebut mendapat kecaman hebat selepas pasangan pelakon itu didakwa sombong kerana tidak melayan peminat yang menegur mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Muka ‘Slumber’ Ketika Disapa, Netizen Dakwa Nad Zainal Dan Suami Tak Mesra Peminat – ‘Senyum Pun Tidak’

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Dituduh Sombong Dengan Peminat, Tak Layan Lambaian & Senyuman – ‘How I Wish Sikap Pun Secantik Muka ..’

Ramai gadai pahala

Menyedari video tersebut menjadi bualan warganet, Ungku Ismail atau nama sebenarnya Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz tampil memuat naik satu hantaran menerusi insta storynya.

Menurut Ungku Ismail, dia memilih untuk bersyukur kerana ramai yang dilihat telah menggadaikan pahala puasa dengan membuat spekulasi selepas melihat video berkenaan.

Alhamdulillah, banyak pahala kitaorang dapat dari cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan amalan, dari malam semalam (Isnin)!

Hanya kerana satu video, ramai dengan lajunya menggadai menggadai pahala mereka beramai-ramai, Subhanallah!

Ungku juga menyifatkan cemuhan yang dilemparkan ke atasnya dan isteri sebagai salah satu ujian di bulan Ramadan yang mulia.

Yang post, yang beritakan, yang sebar, yang mengata, Mahsyar itu benar, kita sabar dan nantikan.

Sabar baby, ujian Ramadan (Nad Zainal).

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan Ungku Ismail dan isteri, Nad Zainal berjalan di perkarangan Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023), Putrajaya mendapat pelbagai reaksi netizen yang mendakwa pasangan selebriti itu sombong kerana tidak mengendahkan teguran peminat.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×