Pasangan pelakon, Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz menjadi tumpuan dan bualan warganet selepas satu video memaparkan mereka menghadiri Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023), Putrajaya menjadi tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Dituduh Sombong Dengan Peminat, Tak Layan Lambaian & Senyuman – ‘How I Wish Sikap Pun Secantik Muka ..’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Suami Tiada, Saya Tidak Mahu Bercakap’ – Nad Zainal
Artikel Berkaitan: Terima Mas Kahwin RM1,000, Nad Zainal Sah Jadi Isteri Ungku Ismail
Reaksi bersahaja ketika disapa peminat
Menerusi satu video yang tular di TikTok, kedua-dua pasangan selebriti itu sedang berjalan memasuki perkarangan tapak festival berkenaan sambil disapa dan ditegur beberapa orang peminat.
Dapat dilihat, Nad hanya mengangkat tangan selepas ditegur manakala Ungku seakan tidak mengendahkan teguran yang diberikan kepada mereka.
@herlaianbabes Alhamdulillah Syukur dah sihat tengok Nad Zainal kita semoga sentiasa sihat insyAllah ? #Festivalramadhan2023 #bajuraya #anjungsyawal #putrajaya #fyp? #fypdongggggggg #bazarraya2023 #bajurayarahmah #herlaianbabe #herlaian #rahmah #fyp ? Santai – Faizal Tahir
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Nad dan suaminya yang seakan tidak mesra dengan peminat. Namun, ada juga yang tampil mempertahankan Nad dengan menganggap berkemungkinan pelakon itu tidak sihat badan.
Sumber: TikTok