berita

Didakwa Keluar Sarapan Berdua, Fyna Jebat & Zainal Abidin Masih Bersama?

August 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Fyna Jebat

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan mahligai rumah tangga yang dibina bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan bersama penyanyi Fyna Jebat dilaporkan sudah berakhir.

Artikel Berkata: Ayda Jebat Tak Mahu Masuk Campur Hal Rumah Tangga Fyna – ‘Tanya Tuan Punya Badan’

Artikel Berkata: ‘Ayah Sudah Ceraikan Fyna Jebat’ – Anak Zainal Abidin

Berita perceraian itu disahkan sendiri oleh saudara terdekat Zainal yang memberitahu kedua-dua pasangan itu sudah bercerai sejak awal Mei lalu.

Keluar makan bersama

Fyna Jebat

Terbaharu, tular sepotong video memperlihatkan Zainal keluar makan bersama seorang wanita yang dipercayai Fyna.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dirakam dari arah belakang dan hanya melihatkan sipi wajahnya. Namun, dakwaan mengatakan wanita terbabit ialah Fyna.

Pun begitu, lelaki dalam video berkenaan jelas menunjukkan dia ialah Zainal.

Mereka berdua dilihat mengenakan baju sedondon berwarna hitam sambil menikmati makanan masing-masing di sebuah restoran.

Hal tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya apakah hubungan mereka benar-benar sudah berakhir atau sebaliknya.

Sumber: Instagram (Hib Glam)

SKIP THIS AD ×