berita

Didakwa Keterlaluan, Netizen Buat Petisyen Buang Ajai Sebagai Juri, Raih Lebih 3k Tandatangan!

August 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Komposer terkenal iaitu Ajai, mencetuskan kontroversi apabila memberi 2 markah kepada salah seorang peserta program Big Stage. Walau bagaimanapun, dia telah tampil menjelaskan sebab mengapa sedemikian diberikan.

Artikel berkaitan: ‘Sepatutnya Saya Nak Beri Markah Kosong, Tak Nak Cakap Dia Pekak Nada’ – Ajai

Terbaru, nama Ajai, kembali menjadi trending di Twitter apabila netizen membuat satu petisyen untuk mengeluarkan dirinya daripada meja juri Big Stage 2020.

Remove Ajai as jury

Sejak dari semalam, netizen tidak bersetuju dengan markah yang diberikan Ajai kepada Dr Hafiz iaitu sebanyak 2%. Susulan daripada itu, mereka telah membuat satu petisyen agar Ajai dikeluarkan daripada meja juri Big Stage.

Not educating

Tidak bersetuju dengan komen dan pemarkahan yang diberikan oleh Ajai, satu petisyen telah dibuat di laman web change.org agar komposer tersebut tidak menjadi juri tetap di program Big Stage 2020. Petisyen yang dibuat oleh individu bernama Helmi Saad setakat ini mendapat lebih 3 ribu sokongan selepas 12 jam dilancarkan.

No heart feelings

https://www.instagram.com/p/CD9VnCrpWum/

Menerusi Instagram Hlive, Ajai dan Dr Hafiz kelihatan berbincang mengenai persembahan pada minggu pertama semalam. Ajai turut memberi semangat kepada Dr Hafiz dan memintanya untuk tidak menyimpan sebarang perasaan berhubung komen yang diberikannya ketika konsert berlangsung.

Sumber: Twitter, Change.org & Hlive

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×