Gambar sekadar hiasan
Seorang bekas penuntut kolej yang didakwa melemaskan bayi lelaki yang baru dilahirkannya di dalam mangkuk tandas asrama enam tahun yang lalu terlepas daripada hukuman mati.
Artikel Berkaitan: Bayi Setahun Maut Ditinggalkan 9 Jam Dalam Kereta, Ibu Tak Sedar Selamba Pergi Kerja
Penjara 9 tahun
Memetik laporan Bernama, suspek yang dikenali sebagai Nur Izzati Adi, 26, yang sebelum ini dijatuhkan hukuman mati dilihat menangis selepas mendengar keputusan dibuat Mahkamah Rayuan pada Selasa.
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi Izzati yang memohon pertuduhan lebih ringan iaitu daripada membunuh kepada menyebabkan kematian.
Menurut Hadhariah, Nur Izzati kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun bermula dari tarikh tangkap iaitu 30 Mac 2017 selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.
Perayu dibebaskan serta-merta hari ini dan saya arahkan warden penjara untuk membuka gari perayu dan perayu boleh berjalan keluar dari mahkamah dengan lapang dada.
Terdahulu, Nur Izzati didakwa membunuh seorang bayi yang baru dilahirkan di tandas asrama perempuan aras tiga Kolej Pertanian Malaysia Bukit Kayu Hitam pada 5.20 petang 30 Mac 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nur Izzati dipercayai melakukan perbuatan itu pada 10 April 2017.
Pada 11 April 2023, Nur Izati mengemukakan representasi kepada AGC bagi meringankan hukuman terhadapnya selepas dijatuhi hukuman mati pada 14 Jun 2020.
Sumber: Bernama