berita

Didakwa Menyalahguna Kedudukan Dominan Dalam Pasaran, Grab Berdepan Denda Hampir RM87 Juta

October 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab, menerima perkhabaran buruk hari ini apabila mereka dilaporkan bakal didenda sebanyak hampir RM87 juta kerana amalan menindas.

Menerusi laporan Berita Harian, perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pagi tadi selepas mendapati syarikat itu telah menyalahguna kedudukan dominannya dalam pasaran.

Salahguna kedudukan dominan

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata denda sebanyak RM86,772,943.76 dicadang dikenakan ke atas syarikat perkhidmatan itu selepas ia didapati melanggar Seksyen 10 Akta Persaingan 2010 (AP 2010) secara kolektif kerana didapati menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa yang membataskan pemandunya.

Katanya, Grab didapati telah membataskan pemandunya daripada mempromosi serta menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media transit.

Turut dikenakan denda kewangan harian

Selain denda tersebut, Iskandar berkata Grab juga perlu dikenakan denda kewangan harian sebanyak RM15,000 bermula hari ini jika syarikat itu gagal mengambil tindakan pembetulan seperti diarahkan MyCC.

Sehubungan itu, syarikat terbabit mempunyai 30 hari bekerja bermula hari ini untuk memberikan representasi pembelaan mereka kepada MyCC.

Ini bukan keputusan akhir. Grab mempunyai peluang untuk mengemukakan pembelaan termasuk untuk meminda klausa dalam tempoh ditetapkan.

Menurut Iskandar, susulan daripada penggabungan di antara Grab dan Uber pada hujung Mac 2018, syarikat itu telah menjadi pemain dominan dalam pasaran e-hailing.

Sejak penggabungan itu katanya, MyCC telah menerima banyak aduan dan ia memaksa mereka menjalankan siasatan terhadap syarikat itu.

Grab terkejut

Susulan pengumuman yang dibuat MyCC itu, Grab dalam satu kenyataannya meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka akan menerima keputusan cadangan tersebut.

Menurut jurucakap Grab, syarikat itu mematuhi sepenuhnya Akta Persaingan 2010 dan kini pasukan peguam mereka sedang mengkaji keputusan cadangan berkenaan.

Kami percaya ia adalah amalan biasa bagi perniagaan untuk menentukan ketersediaan dan jenis pengiklanan pihak ketiga di platform masing-masing mengikut keperluan dan maklum balas pengguna.

Kami akan menyerahkan representasi bertulis kepada MyCC pada 27 November nanti.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×