berita

Didakwa Pakai Dress Ciplak, Ini Respon Cool Tokti & Perekanya

December 8th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sebagai selebriti, apa saja yang disarung dan  digayakan sudah tentunya menjadi perhatian ramai. Apatah lagi buat seorang insan bernama Siti Nurhaliza Taruddin yang diberi jolokan penyanyi nombor satu negara. Perhatian yang diberikan masyarakat kepadanya memang tidak pernah putus.

Baru-baru ini ketika menghadiri satu majlis, dia mengenakan dress hitam dengan perincian sekuin mendapat pujian ramai. Namun, seorang netizen dapat menghidu sesuatu mengenai dress berkenaan.

Rizman Ruzaini vs Ziad Nakad

Pengguna laman sosial yang juga pemerhati fesyen menggunakan nama @fash_observer memuatnaik perbandingan gambar dress rekaan pereka Lubnan, Ziad Nakad dengan dress dipakai Siti hasil ciptaan Rizman Ruzaini. Kedua-duanya kelihatan mempunyai persamaam ketara dari segi rekaan dan perincian namun versi Rizman lebih menutup aurat dibandingkan dengan rekaan Ziad.

Siti turut meninggalkan komen menyatakan dia terhibur dengan penemuan netizen itu selain memuji usaha yang dilakukan untuk meneliti idea asal dress berkenaan.

Menurut akaun itu lagi, dress sebegitu pernah dipakai dengan berlainan warna oleh model antarabangsa di luar negara tahun lalu.

Beri pereka rujukan

Apabila ditanya sama ada benar rekaan dress berkenaan adalah hasil plagiat dari pereka Lubnan itu, dia mempunyai jawapan tersendiri bagaimana perkara itu berlaku.

Memang saya beri design ni rujukan untuk Rizman untuk sesuaikan dengan imej bertudung saya.

Rizman juga menerusi Instagram turut mengiakan kenyataan penyanyi kesayangan ramai itu. Katanya itu adalah kali pertama Siti memberi rekaan untuk rujukannya.

Setelah sekian lama, Siti pertama kali berikan rujukan untuk dipenuhi. Kami sebagai pereka sudah tentulah akan cuba sedaya-upaya untuk menunaikannya sebab bukan selalu dapat buat busana dari citarasanya. Alhamdulillah, dia suka dengan hasilnya.

Sumber: fash_observer, Rizman Ruzaini, Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×