Media sosial mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat untuk menaikkan atau menjatuhkan seseorang selebriti. Apatah lagi di era sosial media seperti hari ini, hanya dengan satu pos sahaja boleh membuatkan karier seseorang selebriti itu menjunam.
Pelakon Pujaan Hati Kanda Mira Filzah telah dikritik oleh seorang pengguna Facebook kerana didakwa membuat post memerli ijazah palsu.
Didakwa perli ijazah menteri
Satu page Facebook yang menggunakan nama pelakon cantik itu telah memuatnaik pos yang seakan memerli isu ijazah palsu menteri yang hangat dibincangkan ketika ini. Tindakan page yang disangka sebagai Mira Filzah itu kemudiannya membuatkan seorang netizen menyeru supaya Mira diambil tindakan.
Sahkan akaun palsu
Awal pagi ini, Mira menerusi akaun Twitternya menafikan dia terbabit secara langsung dengan posting dikaitkan dengannya. Tambahnya, dia tidak berminat untuk berdebat di laman sosial namun mahu menjelaskan akaun Facebook terbabit adalah palsu.
Pihak yang mendakwa dirinya berbuat demikian sepatutnya menyemak terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa dakwaan.
Page mohon maaf
Page Facebook yang masih wujud dan mempunyai lebih 11 ribu pengikut itu telah mengeluarkan permohonan maaf kepada Mira Filzah atas posting berkenaan. Menurut admin page tersebut, akaun berkenaan adalah laman untuk peminat pelakon itu.
Menurut pengendali itu lagi, pos ijazah itu dibuat atas tujuan bergurau dan tidak disangka akan diviral pihak lain.
Sumber: Mira Filzah