Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) nyata mengejutkan ramai pihak. Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan menerima perletakan jawatan itu, Sabtu lalu.
Satu tweet dimuatnaik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam menimbulkan tanda tanya. Ada yang mengaitkan status itu dengan keputusan dibuat Nurul Izzah.
Negara perlu orang boleh buat kerja
Dalam tweet dimuatnaik semalam itu, Azmin membuat kenyataan mengatakan negara memerlukan orang boleh membuat kerja dan bukan mereka yang manja. Tambahnya lagi, walau apa yang berlaku, mandat perlu dilunaskan. Azmin juga turut memberi perumpamaan jika tidak tahan dengan bahang, keluarlah dari dapur.
KJ turut respon
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengkritik kenyataan Azmin itu. Menurut KJ, ketika ini tiada visi dan hala tuju ekonomi ditekankan. Ini adalah cabaran besar dihadapi Malaysia sekarang namun Azmin sebagai pihak yang berkuasa tidak menyediakan apa-apa jalan penyelesaian.
Gelar ‘cry baby’ tindakan murahan
Sementara itu Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad turut memberi respon dipercayai berkait dengan tweet Azmin itu. Nik Nazmi mengatakan tindakan menggelar seorang wanita sebagai anak manja (cry baby) adalah murahan.
Nak cakap wanita layak di dapur?
Ada beza letak jawatan kerana prinsip atau tak tahan ‘panas’
Sumber: Twitter