Di Perai, Pulau Pinang, seorang lelaki warga Nepal ditemui mati tergantung di dahan sebatang pokok berhampiran sebuah padang permainan, semalam. Menerusi laporan Harian Metro, mayat mangsa yang berusia 25 tahun itu ditemui oleh orang awam.
Terjerut tali nilon
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad, mangsa dipercayai meninggal dunia selepas lehernya terjerut dengan tali nilon. Ujar beliau lagi, tali tersebut diikat pada dahan sebatang pokok berhampiran padang permainan.
Setakat ini, pihak polis tidak menemui sebarang kecederaan dan tanda-tanda berlakunya perbuatan jenayah. Tambah Shafee, mangsa seorang yang kaki mabuk. Hal tersebut telah disahkan oleh rakan-rakan mangsa. Mangsa juga antara individu yang suka menghabiskan duit gajinya untuk membeli minuman alkohol.
Mati mengejut
Sekadar gambar hiasan
Di samping itu, Shafee melaporkan kali terakhir mangsa dan rakannya berjumpa pada pukul 11.30 malam kejadian. Mangsa yang merupakan operator di sebuah kilang telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat. Kesnya juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini
Sumber: Harian Metro