berita

Didakwa Sering Upload Isu Berkenaan 1MDB, Mahkamah Tinggi Keluar Amaran Tegas Kepada Najib

January 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, kes perbicaraan mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahguna kuasa membabitkan SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang dijalankan di Mahkamah Tinggi.

Artikel berkaitan: Najib Didapati Bersalah Di Atas 7 Pertuduhan

Menerusi laporan Berita Harian, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan amaran tegas kepada Datuk Seri Najib Razak supaya tidak memuat naik hantaran yang membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya di Facebook.

Tidak boleh keluar sebarang kenyataan

Menurut laporan Berita Harian, Hakim Collin Lawrence Sequerah mengeluarkan arahan itu selepas mendengar hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berhubung tindakan Najib yang memuat naik hantaran di laman Facebook miliknya, membabitkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan hanya memohon supaya mahkamah mengeluarkan amaran terhadap tertuduh. Sehubungan itu, mahkamah mengeluarkan amaran tegas supaya tertuduh tidak mengulangi tindakan itu. Sequerah, berkata mahkamah akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memelihara integriti mahkamah.

Menurut Sequerah, Najib tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan. Ini kerana, kenyataan yang dikeluarkan itu seolah-olah perbicaraan dilakukan di domain awam. Jelasnya, kenyataan yang dikeluarkan tertuduh dilihat sebagai serangan kepada saksi pendakwaan. Terdahulu, Najib dipercayai kerap memuat naik beberapa posting di Facebooknya mengenai isu yang dihadapinya.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×