berita

Najib Didapati Bersalah Di Atas 7 Pertuduhan

July 28th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Hari ini Mahkamah Tinggi telah mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan menyelewengkan wang RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Memetik laporan Bernama, Najib dituduh atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahguna kuasa membabitkan SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

Berjaya membuktikan kes

Oleh itu saya mendapati tertuduh bersalah dan mensabitkan tertuduh terhadap kesemua tujuh pertuduhan.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, keputusan dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap kesemua pertuduhan ke atas Najib.

Boleh dipenjara 20 tahun

Dua pertuduhan CBT, Najib dikatakan sebagai seorang ejen dan penjawat awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia serta Penasihat Emeritus SRC, didakwa menyeleweng RM27 juta dan RM5 juta daripada dana sebanyak RM4 bilion milik SRC.

Bagi pertuduhan ketiga, Najib didakwa menyeleweng RM10 juta daripada RM4 bilion milik SRC antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015. Ketiga-tiga pertuduhan adalah di bawah Seksyen 409 Kanun  Keseksaan yang memperuntukan hukuman maksimum penjara 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Rasuah 42 juta

Mengikut pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya, Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, didakwa menggunakan kedudukannya untuk melakukan rasuah membabitkan RM42 juta menerusi penglibatan atau penyertaannya dalam keputusan untuk menyediakan jaminan kerajaan bagi pinjaman yang dipohon daripada KWAP oleh SRC yang berjumlah RM4 bilion.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×