berita

Didakwa Skodeng Bawah Skirt Wanita, Pegawai Timbalan Menteri Dipecat Serta-Merta

September 9th, 2018 | by faris
Kini Trending

Jenayah berlaku di mana-mana, walaupun pelbagai cara diambil untuk mengelak kejadian tidak diingini, namun ianya akan tetap berlaku apabila pelakunya tidak mampu mengawal diri dari melakukan onar.

Pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman menerima akibat apabila didakwa telah cuba membuat perlakuan tidak sopan ke atas seorang wanita.

Rakam guna telefon bimbit

Lelaki tersebut didakwa berbuat demikian menggunakan telefon bimbitnya di sebuah premis di Publika Solaris Duta Mas semalam. Mangsa yang berumur 30 tahun dan bekerja sebagai juruoptik dilihat sedang membuat pemeriksaan mata terhadap timbalan menteri tersebut.

Semasa membuat ujian dan pemeriksaan mata, datang seorang lelaki dari arah belakang dalam keadaan yang mencurigakan. Saya merasa tidak selesa dengan tindakan lelaki tersebut.

Apabila saya pusing menghadap skrin di sebelah, saya perasan lelaki tersebut memegang satu telefon bimbit dan sedang merakam. Selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) saya mendapati lelaki tersebut telah merakam bawah skirt saya.

Video berkenaan kini sedang viral di media sosial dengan ribuan perkongsian oleh netizen.

Dipecat serta-merta

Azis dalam kenyataannya menerusi Facebook mengatakan dia telah memecat pegawai terbabit dan turut memohon maaf terhadap perlakuan tidak senonoh itu. Dia juga turut menegaskan perbuatan itu tidak ada kena mengena dengan pegawainya yang lain.

Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.

Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.

Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya.

Sumber: Utusan Malaysia, Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×