berita

Didakwa Songlap RM200,000 Duit Pelaburan A. Aida, ‘Polis’ Gerak Khas Ditahan

August 28th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, penerbit drama terkenal Datuk A. Aida membuat laporan polis berhubung isu wang pelaburan yang lesap melibatkan bekas suaminya, Ariff Aziz. Walaubagaimanapun, pelakon tersebut dibebaskan polis selepas memberi kerjasama berkenaan siasatan kes.

Terbaru, salah seorang pelakon drama Gerak Khas ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan kehilangan wang pelaburan milik A.Aida.

Dipercayai pelakon lelaki Gerak Khas

Menerusi mStar Online, seorang pelakon lelaki dari drama Gerak Khas ditahan di Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya. Pelakon tersebut disyaki terlibat dengan kes penipuan wang sebanyak RM200,000 melibatkan penerbit A Aida.

Pelakon lelaki tersebut dipercayai memegang watak sebagai pegawai kanan polis dalam drama tersebut.

Pelakon itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat seorang penerbit berstatus Datuk pada Jun lalu.

Dalam laporan berkenaan, penerbit itu memaklumkan kehilangan wang pelaburan RM200,000 miliknya pada awal Mac lalu.

Hilang wang pelaburan RM200,000

Pelakon lelaki itu hadir ke balai polis bagi memberi keterangan. Difahamkan telefon bimbit pelakon itu turut dirampas. Bekas suami kepada penerbit ini turut ditahan pada Jun lalu atas dakwaan melarikan wang sejumlah RM200,000.

Tambah A. Aida lagi, RM200,000 dalam bentuk pelaburan menerusi dua transaksi telah dilakukan di luar pengetahuannya.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×