Meskipun terdapat segelintir warganet yang mengecam tindakan pelakon Datin Intan Najuwa yang didakwa menyunting foto menggunakan ‘filter’, namun masih ada di antara mereka yang mempertahankannya. 

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Bidas Netizen Selepas Didakwa Edit Gambar Guna ‘Filter’ – ‘Gigih Siap Zoom Cari Salah’

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Bawa Pembantu Naik ‘Business Class’, Netizen Tanya ‘Ada Kerja Kosong?’

Suami bertanggungjawab

Menerusi hantaran di Threads, seorang warganet yang dikenali sebagai Bianca, memuji suami Intan kerana dia menyediakan sepenuhnya segala keperluan keluarga.

Yang penting suami dia fully provider. Jangan nak body shaming orang sangat.

Menurut Bianca, tiada salah untuk Intan menyunting gambarnya, malah dia yakin setiap orang juga melakukan hal yang sama.

Biar je la dia edit pun. Itu kan hak masing-masing. Orang lain pun edit juga gambar sebelum posting dalam sosial media.

Terdahulu, Intan membidas komen segelintir warganet berkenaan fotonya yang didakwa telah disunting menggunakan ‘filter’.

Warganet mendakwa pelakon drama Racun Rihanna itu menggunakan ‘filter’ pada salah satu foto yang memaparkan dirinya bersama suami dan anak ketika bercuti di luar negara baru-baru ini.

Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.

Sumber: Threads