berita

Didakwa Tarik Diri Berlakon Filem Langit Cinta, Zul Ariffin Ada Masalah Dengan Gayatri Atau Fazura?

September 8th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

zul

Nama Zul Ariffin bukanlah baru dalam industri hiburan ni kan? Sejak pembabitannya, ada je kontroversi yang melanda hero drama Rindu Awak 200% ni.

Mana taknya, kalau dah namapun selebriti, pasti semua kisah hidup nak diketahui oleh peminat. Nak-nak kalau yang melibatkan hal cinta. Hehe.

Tapi, sejak akhir-akhir ni, ada khabar tak berapa best kami dengar tentang Zul. Dengar cerita, Zul tak jadi berlakon dalam filem arahan Osman Ali yang berjudul ‘Langit Cinta’. Dah kenapa ya?

Fazura-131-630x420

Menurut sumber-sumber yang dipercayai, Zul dah dapat skrip dan tarikh memulakan penggambaran pun dah ditetapkan. Tetapi khabarnya Zul tarik diri saat akhir.

Persoalannya, kenapa tiba-tiba Zul tak mahu berlakon dalam filem tersebut? Adakah kerana tak selesa bergandingan dengan heroinnya, Fazura atau sedang mempunyai masalah dengan kekasihnya, Gayatri yang juga penerbit Astro Shaw?

o

Hmm pelik juga kami, jika benar Zul tarik diri kerana Fazura, tak ada pula kami dengar apa-apa cerita tentang mereka berdua ni.

Yang tengah hangat sekarang ni cerita kononnya hubungan Zul dan Gayatri dilanda masalah dek kerana penangan kisah ‘percintaan’ Zul dan Ayda Jebat dalam drama lakonan mereka.

Namun, baik Zul mahupun Gaya, kedua-duanya menafikan hubungan mereka bermasalah dan mengakui mereka masih seperti biasa.

Korang rasa apa sebab sebenarnya Zul tarik diri ek? Tak apa, korang jangan risau. Kami akan cuba sedaya upaya mendapatkan feedback dari Zul mengenai perkara ini.

Kami percaya, jika benar khabar yang diterima ni, Zul pasti ada penjelasannya sendiri kan?

Kredit Foto : Instagram Zul Ariffin

SKIP THIS AD ×