berita

Didakwa Terlibat Dengan Parti Dadah, Ini Respon Syed Saddiq

January 20th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, tular berita membabitkan penahanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan empat pegawai khas ahli politik dalam satu parti di sebuah kondominium di Puchong. Malah, mereka yang ditahan juga dilaporkan turut positif dadah.

Tidak terhenti di situ sahaja, sebuah blog kemudiannya mendakwa bahawa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berada di lokasi yang sama ketika itu namun bernasib baik apabila beliau pulang lebih awal sebelum serbuan dibuat. Memberi respon terhadap dakwaan itu, Syed Saddiq pada hari ini tampil dan menafikan tuduhan yang dibuat oleh blog berkenaan.

Tuduhan tidak benar

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan olehnya pagi tadi, Syed Saddiq menegaskan bahawa tuduhan oleh blog berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan telah memburukkan namanya sebagai seorang Menteri.

Malah menurutnya, tuduhan yang mengatakan bahawa terdapat cubaan melobi projek-projek besar di dalam Kementerian Belia dan Sukan juga adalah palsu dan menjejaskan imej baik kementeriannya.

Sejak saya menjadi Menteri Belia dan Sukan, saya ingin menekankan bahawa pencapaian KBS di dalam Public Service Corruption Ranking (PSCR) yang dikeluarkan oleh SPRM semakin cemerlang.

KBS telah berjaya memperbaiki tangga PSCR dari 8 kementerian paling berisiko rasuah kepada tangga 16 paling kurang risiko rasuah dan salah laku.

Buat laporan polis

Susulan daripada dakwaan yang dibuat blog tersebut, Syed Saddiq berkata pihaknya akan membuat laporan kepada pihak polis dan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Pihak kami akan membuat laporan polis dan akan merujuk kepada tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan berita tidak benar terutamanya berkaitan integriti Kementerian Belia dan Sukan.

Sumber: Free Malaysia Today, Johor Press

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×